Apabila tibanya bulan mulia, Ramadan Kareem, pasti kita dapat melihat setiap individu tampil berpakaian lebih sopan.
Tidak kiralah selebriti atau orang biasa, semua nampak sangat menghormati bulan yang penuh kerahmatan ini.
Terbaharu, pelakon Hollywood terkenal, Jada Pinkett Smith mencuri perhatian warganet apabila mengenakan kain batik sarong dan berhijab.
Menerusi perkongsiannya di Instagram pada Sabtu lalu, dia berpakaian seperti itu ketika menemani suaminya, Will Smith berlari pada waktu pagi di negara Timur Tengah.
Rata-rata perkongsiannya itu mendapat perhatian warganet seluruh dunia yang memuji kecantikannya berkain batik tersebut.
Selain itu, warganet juga memujinya disebabkan mencuba menggayakan pakaian yang menutup aurat walaupun berlainan agama.
Dalam posting berlainan pula semalam, aktres berkenaan sekali lagi berkongsi foto dirinya bertudung warna pic ketika dia dan suami masih di Timur Tengah. – Agensi