Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Imej kapal angkasa Shenzhou-13 bakal jadi dokumentari

    BEIJING, 27 APRIL – Imej yang dibawa pulang kapsul kapal angkasa Shenzhou-13 yang selamat mendarat di Bumi baru-baru ini, bakal dijadikan dokumentari.

    Imej dengan standard teknikal tertinggi yang diambil oleh manusia di angkasa lepas itu antara item yang dibawa pulang kapsul berkenaan.

    Pada masa akan datang, data tersebut akan menjadi bahan dalam dokumentari bertajuk “Terbang di Angkasa Lepas”.

    Pada Tahun Baharu China (TBC) tahun ini, kru kapal angkasa Shenzhou-13 yang terdiri tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu menyambut perayaan tradisional itu di Stesen Angkasa Lepas pertama China.

    Wang Yaping ketika itu menggunakan satu kamera khas untuk merekodkan detik istimewa Ye Guangfu yang menggunting rambut Zhai Zhigang.

    Kamera yang digunakan ialah kamera berdefinisi ultra tinggi (UHD) 8K yang dibangunkan khas oleh Kumpulan Media China (CMG).

    Peralatan itu menggunakan standard teknikal “8K, 50 bingkai, bingkai penuh”, yang merupakan standard teknikal tertinggi bagi rakaman manusia di ruangan angkasa lepas setakat ini.

    Momen menarik lain yang dirakam kamera itu termasuk pemandangan ruangan angkasa lepas dan saat angkasawan tinggal di stesen angkasa selama enam bulan.

    Detik-detik itu akan turut dikongsikan dalam dokumentari yang bakal ditayangkan tahun ini. – Bernama

    Kapsul kapal angkasa Shenzhou-13 yang selamat mendarat di Bumi baru-baru ini. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...