Imej NASA papar perubahan dramatik di China

WASHINGTON, 2 MAC – Imej satelit NASA menunjukkan perubahan dramatik kadar pencemaran di China di mana ia berhubung kait dengan ekonomik China yang kini menurun disebabkan oleh penularan koronavirus, menurut sebuah agensi angkasa.

Penurunan pencemaran nitrogen dioksida (NO2) mula dilihat di wilayah Wuhan, tempat bermulanya penularan virus tersebut, tetapi kemudiannya melarat ke seluruh China, menurut pakar sains NASA yang memeriksa data yang diambil oleh mereka dan Agensi Satelit Angkasa Eropah.

Peta membandingkan NO2 yang tertumpu menunjukkan penurunan dari 1 sehingga 20 Januari, sebelum perintah kuarantin dijalankan di wilayah Wuhan dan bandar-bandar lain, dan dari 10 sehingga 25 Februari.

“Ini terbukti bahawa perubahan ini berhubung kait dengan kemunduran ekonomi disebabkan oleh penularan koronavirus,” Pemerhati Bumi NASA berucap.

Pihak berkuasa China telah mengambil langkah drastik untuk membendung virus tersebut, menghadkan perjalanan serta menutup sementara kilang-kilang di seluruh China dan mengkuarantin wilayah tengah Hubei, kawasan utama perindustrian di mana virus tersebut bermula.

Pada tahun 2008 krisis kewangan global menunjukkan penurunan NO2 di beberapa negara tatapi penurunan tersebut tidak ketara.

Penurunan tahun ini dilihat ketika Tahun Baharu Cina, ketika kilang-kilang dan perniagaan tutup tetapi pengkaji percaya penurunan tersebut lebih ketara berbanding ketika perayaan musim cuti. Menurut kajian oleh Pusat Kajian Tenaga dan Udara Bersih di Finland, penularan koronavirus telah menyebabkan permintaan arang dan minyak jatuh, menyebabkan pelepasan emisi. – AFP

Imej NASA menunjukkan perubahan dramatik kadar pencemaran udara di China, di mana wabak koronavirus berhubung kait dengan kemerosotan ekonomi China. – Agensi