Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    IMF beri jaminan AS$1.5B

    COLOMBO, 3 Jun – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengumumkan pengeluaran ansuran jaminan terbaharu Sri Lanka sebanyak AS$1.5 bilion semalam, tetapi memberi amaran penyusunan semula struktur sistem penerbangan negara yang mengalami kerugian adalah penting untuk mengekalkan pemulihan ekonomi.

    IMF menyambut baik kenaikan harga minyak di negara pulau itu bulan lalu – syarat awal baginya untuk menerima AS$252 juta pinjaman tiga tahun yang telah diluluskan dalam bulan Jun 2016.

    Ekonomi Sri Lanka semakin baik sejak jaminan IMF, namun pertumbuhan dalam tahun 2017 lebih perlahan dari yang dijangkakan dan pada 3.1 peratus adalah yang paling perlahan dalam tempoh 16 tahun.

    Pengeluaran bahagian terbaru jaminan itu telah ditangguhkan sementara menunggu kerajaan bersatuju menaikkan harga minyak untuk memulihkan kos penghasilan dan menghapuskan subsidi.

    IMF berkata kenaikan harga oleh syarikat yang dikendali kerajaan, Ceylon Petroleum Corporation, dalam beberapa kes dengan sebanyak-banyaknya 130 peratus, adalah ‘pencapaian besar’ yang akan mengurangkan risiko fiskal.

    Harga minyak tanah, yang digunakan secara meluas di kawasan luar bandar Sri Lanka untuk memasak dan lampu juga lebih dua kali ganda bulan ini, manakala harga gasolin meningkat dengan hanya kurang 15 peratus.

    IMF berkata Sri Lanka seharusnya juga melaksanakan dasar penetapan harga bagi elektrik, yang pada masa di subsidi bagi keluarga dan perniagaan kecil.

    “Adalah penting bagi pihak berkuasa untuk melaksanakan formula penetapan harga automatik bagi eletkrik dan rancangan penyusunan semula struktur bagi sistem penerbangan SrI Lanka,” Timbalan Pengarah Urusan IMF Mitsuhiro Furusawa berkata dalam satu kenyataan.

    Salah satu kesan terbesar pada kunci kira-kira negara ialah sistem penerbangan negara Sri Lanka yang telah mengumpul kerugian dan hutang lebih AS$2 bilion dan adalah bebanan besar bagi para pembayar cukai.

    Kerajaan telah gagal menswastakan sistem penerbangan disebabkan tidak ada keghairahan dalam respons daripada para pelabur ketika usaha untuk mencari rakan antarabangsa untuk menghidupkannnya juga telah gagal.

    Sementara itu sektor hartanah Sri Lanka telah berkembang pesat yang membangkitkan kebimbangan factor-faktor yang tidak stabil. Dan Bank Pusat Sri Lanka berkata sektor itu diawasi secara dekat untuk menghalang kemuflisan bank-bank. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda