IMF bimbang Pakistan dipengaruhi China

ISLAMABAD, 8 Nov – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tiba di Islamabad semalam untuk rundingan mengenai jaminan keluar IMF, walaupun ketika Pakistan menegaskan bahawa ia telah menyelesai krisis baki bayaran.

Bercakap sejurus selepas Perdana Menteri Imran Khan pulang dari Beijing, menteri kewangan Pakistan berkata pada Selasa bahawa jaminan dari China, ditambah dengan janji yang dibuat oleh Arab Saudi pada bulan lalu, bermakna masalah fiskal Pakistan sudah ‘berakhir’.

“Kami mempunyai jurang sebanyak AS$12 bilion dan daripada AS$12 bilion, enam bilion datang daripada Arab Saudi dan yang selebihnya datang dari China,” beritahu Asad Umar kepada wartawan, tanpa menyatakan ciri-ciri bantuan China.

Setiausaha kewangan dan gabenor bank negeri akan menghadiri satu mesyuarat di Beijing esok untuk memuktamadkan syarat-syarat bantuan, tambah beliau.

Pakistan memperoleh AS$6 bilion dalam pembiayaan daripada Arab Saudi dan mencapai satu perjanjian 12 bulan untuk baki bayaran ketika lawatan Khan pada Oktober.

Meskipun janji berkenaan, kementerian kewangan berkata Pakistan masih akan berusaha untuk mendapatkan sokongan IMF bagi perancangan ekonomi jangka panjang kerajaan.

Sejak mengambil alih kuasa pada Ogos, bekas pemain kriket Khan telah mencari cara-cara untuk memulihkan ekonomi yang terjejas oleh inflasi dan merangsang rizab mata wang asing negara yang semakin merosot.

Di samping kempen berjimat-cermat, termasuk pelelongan kereta mewah dan kerbau milik kerajaan, perdana menteri baharu itu juga telah berusaha mendekati IMF, yang telah menjamin keluar Pakistan beberapa kali sejak tahun 1980.

Bagaimanapun, Islamabad menerima berbilion dolar dalam pinjaman China untuk membiayai projek infrastruktur, dan AS, salah satu penderma terbesar IMF, telah mengemukakan kebimbangan bahawa Pakistan mungkin menggunakan mana-mana wang jaminan keluar untuk membayar balik hutangnya kepada Beijing. – AFP

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan (kiri) bersama Perdana Menteri China, Li Keqiang pada satu majlis penandatanganan di Beijing baru-baru ini. – AFP