Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    IMF bincang krisis ekonomi Sri Lanka

    COLOMBO, 14 MAC – Delegasi IMF berada di Sri Lanka hari ini bagi rundingan ke atas krisis ekonominya yang semakin meruncing di pulau itu, dengan orang awam menderita kekurangan makanan, minyak dan ubat-ubatan selama berbulan-bulan.

    Kekurangan mata wang asing telah menyebabkan peniaga tidak dapat membayar import penting dalam apa yang pihak berkuasa akui adalah krisis kewangan paling buruk di negara Asia Selatan sejak kemerdekaannya dari Britain pada 1948.

    Barisan panjang di luar stesen gas dan gangguan elektrik sudah menjadi kebiasaan, sementara inflasi catat rekod menyebabkan kesukaran serius dalam kalangan 22 juta penduduk di pulau yang berulang kali menekankan harga mahal barang runcit, pengangkutan dan bayaran ubat-ubatan.

    Seorang kakitangan kanan dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ‘akan mengadakan rundingan’ bersama Presiden Gotabaya Rajapaksa dan abangnya, menteri kewangan, Basil Rajapaksa, kata seorang jurucakap bagi pemimpin itu kepada AFP.

    Kerajaan Sri Lanka tidak bersepakat untuk mencari suntikan dana, namun pemberi pinjaman antarabangsa berkata ia ‘bersedia untuk membincangkan pilihan jika diminta’, menurut kenyataan hari ini.

    IMF memberi amaran awal bulan ini yang hutang asing negara itu yang berjumlah AS$51 bilion adalah ‘tidak mapan’ dan menggesa bagi penurunan nilai mata wang dan cukai lebih tinggi untuk memulihkan ekonominya yang hampir bankrap. – AFP

    Orang ramai berbaris membeli gas silinder LPG susulan kekurangan barangan penting di Colombo pada 14 Mac. Delegasi IMF berada di Sri Lanka bagi rundingan krisis ekonominya semakin meruncing. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...