Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    IMF dedah badan amanah baharu

    WASHINGTON, 14 APRIL – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) merancang untuk mengumpulkan kira-kira AS$45 bilion bagi sebuah badan amanah baharu untuk membantu ‘negara-negara berpendapatan rendah dan pertengahan yang terjejas’ bagi mengatasi cabaran berlanjutan seperti pandemik dan perubahan iklim, umumnya kelmarin.

    Pemberi pinjaman berpangkalan di Washington, Resilience dan Sustainability Trust (RST) akan berkuat kuasa pada 1 Mei, dan menambah rangsangan berjumlah AS$650 bilion bagi aset rizab yang digelar Special Drawing Rights (SDR) yang diperuntukkan awal tahun ini.

    “Ketika dunia berdepan kejutan global berturut-turut, kita perlu mengambil berat tindakan kritikal yang diperlukan hari ini untuk memastikan kemapanan dan pemulihan jangka panjang,” kata pengarah urusan, Kristalina Georgieva dalam satu kenyataan mengumumkan badan amanah baharu itu.

    Tambahnya lagi, matlamat badan amanah itu adalah untuk mengagihkan semula dana daripada negara-negara kaya kepada negara terjejas ketika anggota berhasrat untuk mendukung pemulihan ekonomi global daripada pandemik COVID.

    Dianggarkan sekitar tiga suku daripada 190 anggota IMF akan layak untuk meminjam daripada kaedah baharu itu.

    Papan tanda menunjukkan Mesyuarat Musim Bunga tahunan IMF dipamerkan di luar ibu pejabat Bank Dunia pada 13 April. – AFP

    Pertama kali diusulkan tahun lalu, RST akan menawarkan tempoh pembayaran semula, dengan 20 tahun tempoh matang dan 10 tahun tempoh ihsan.

    Untuk mengakses wang tersebut, negara-negara anggota akan diperlukan mempunyai ‘satu pakej langkah dasar berkualiti tinggi’, hutang mapan dan ‘kapasiti mencukupi untuk membayar balik,” kata IMF.

    Sementara itu, Georgieva juga mengatakan perang di Ukraine telah menghambat pemulihan global, memperlahankan pertumbuhan ekonomi di kebanyakan negara di dunia.

    Dan selain tragedi kemanusiaan dan krisis ekonomi, perang itu juga mendedahkan kepincangan dalam sistem antarabangsa ketika kerjasama global satu-satunya merupakan penyelesaian, tambahnya.

    Perang itu berlaku ketika dunia masih bergelut untuk pulih semula daripada impak berterusan pandemik COVID, yang menyebabkan lonjakan inflasi yang boleh membahayakan keuntungan, dua tahun lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...