Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    IMF kurangkan unjuran pertumbuhan global

    WASHINGTON, 20 APRIL – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam mengurangkan prospek untuk ekonomi dunia pada tahun ini dan depan, menyalahkan peperangan Rusia di Ukraine atas gangguan perdagangan globalnya, mendorong harga minyak naik, menjejas bekalan makanan dan menambah ketidakpastian yang telah pun diburukkan oleh koronavirus dan variannya.

    Pemberi pinjaman itu mengurangkan ramalannya untuk pertumbuhan global kepada 3.6 peratus tahun ini, jauh berkurangan daripada 6.1 peratus pada tahun lalu dan daripada pertumbuhan 4.4 peratus yang dijangka dicatat pada 2022 pada Januari. Ia juga berkata ia menjangka ekonomi dunia berkembang 3.6 peratus sekali lagi pada tahun depan, lebih rendah daripada 3.8 peratus yang diramalkan pada Januari.

    Peperangan dan prospek suram timbul ketika ekonomi global nampaknya telah pulih daripada kesan varian Omicron.

    “Peperangan akan menghambat pertumbuhan ekonomi dan menambah inflasi,” beritahu ketua ahli ekonomi IMF, Pierre-Olivier Gourinchas kepada wartawan semalam.

    Kini, IMF menjangka ekonomi Rusia, terjejas oleh sekatan, akan menyusut 8.5 peratus tahun ini dan Ukraine 35 peratus.

    Pertumbuhan ekonomi AS dijangka merosot kepada 3.7 peratus tahun ini daripada 5.7 peratus pada 2021, yang telah mencatat pertumbuhan paling pesat sejak 1984. Ramalan baharu menandakan penurunan daripada 4 peratus yang diramalkan IMF pada awal tahun. Pertumbuhan ekonomi AS yang merosot tahun didorong oleh pertambahan kadar faedah Simpanan Persekutuan bertujuan memerangi inflasi dan kemelesetan ekonomi dalam rakan perniagaan utama Amerika.

    Sementara itu, Eropah, amat bergantung pada tenaga Rusia, akan menerima kesan ekonomi paling teruk daripada peperangan Rusia-Ukraine. Untuk 19 negara yang berkongsi mata wang euro, IMF meramalkan pertumbuhan kolektif 2.8 peratus pada 2022, merosot mendadak daripada 3.9 peratus yang diramalkan pada Januari dan daripada 5.3 peratus tahun lalu. – AP

    Seorang lelaki berjalan di luar bangunan Tabung Kewangan Antarabangsa semasa hari pertama mesyuarat Bank Dunia/IMF di Washington pada 19 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...