IMF lulus bayaran AS$772 juta kepada Angola

WASHINGTON, 10 JUN – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah meluluskan pembayaran segera sebanyak AS$772 juta kepada Angola sebagai sebahagian daripada persetujuan tiga tahun yang ditandatangani pada 2018 bagi mereformasi ekonominya.

Ia adalah peruntukan terakhir kemudahan berjumlah AS$3.7 bilion yang diberikan kepada negara selatan Afrika untuk meningkatkan pentadbirannya dan mempelbagaikan ekonomi bagi mempromosi pertumbuhan ekonomi mapan yang dikuasai sektor swasta, kata IMF dalam kenyataan kelmarin. Lembaga IMF juga meluluskan pelanjutan moratorium perkhidmatan hutan negara itu hingga hujung Disember 2021. – AFP