IMF luluskan bantuan lebih AS$450j

WASHINGTON, 12 JAN – Lembaga eksekutif Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini mengumumkan bahawa ia telah meluluskan pengeluaran bantuan sebanyak AS$487.5 juta kepada Angola, yang berdepan kesukaran berikutan dengan harga minyak yang rendah akibat koronavirus.

Bantuan kewangan itu adalah sebahagian daripada perjanjian tiga tahun untuk kira-kira AS$3.7 bilion (nilai pada masa itu) yang diluluskan pada 7 Disember 2018 di bawah Kemudahan Dana Lanjutan IMF (EFF).

EFF memberi sokongan IMF secara berterusan untuk program tersebut, serta syarat pembayaran pinjaman yang lebih lama.

Bantuan yang diberikan oleh pihak IMF kepada Afrika Barat setakat ini mencecah hampir AS$3 bilion, di mana negara itu memiliki kekayaan minyak dan mineral yang besar, tetapi sebahagian besar penduduknya hidup dalam kemiskinan.

Rancangan tiga tahun itu bertujuan untuk mengembalikan kelestarian luaran dan fiskal, meningkatkan tadbir urus, dan mempelbagaikan ekonomi untuk mempromosikan pertumbuhan ekonomi yang diterajui oleh sektor swasta yang lestari,” kata IMF dalam satu kenyataan.

Pemberi pinjaman yang berpusat di Washington menyatakan bahawa impak terhadap ekonomi yang disebabkan oleh pandemik koronavirus terus memberi kesan negatif terhadap ekonomi dan penduduk Angola. – AFP