IMF seru ‘tindakan’ ke atas rantau MENA

DUBAI, 19 OKT – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) hari ini menggesa negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) untuk mempercepatkan reformasi dan usaha kepelbagaian ketika rantau kaya tenaga itu berdepan cabaran tidak diduga akibat koronavirus dan harga minyak rendah.

Dalam laporan ramalan ekonomi serantau terbaharu, IMF mengunjurkan ekonomi-ekonomi di rantau MENA akan mengecut lima peratus tahun ini berbanding anggaran pada Julai yang mereka katakan akan mengecut kira-kira 5.7 peratus.

Rantau itu – yang termasuk semua negara-negara Arab dan Iran – dijangka mengalami prestasi ekonomi terburuk sejak 1978 ketika ia terjejas dengan kekacauan dan merosot 4.7 peratus, menurut data Bank Dunia.

“Kita perlu melihat apa yang berlaku hari ini sebagai seruan untuk bertindak dan juga sebagai satu peluang untuk merangsang transformasi ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang terutamanya bagi belia,” kata Jihad Azour, Pengarah IMF bagi Asia Tengah dan Timur Tengah kepada AFP.

“Kami menjangkakan kedua-dua pertumbuhan dan pengangguran akan terjejas tahun ini, dan keseluruhan krisis boleh membawa pertumbuhan merudum lima peratus serta pengangguran akan meningkat lima peratus.” – AFP