Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    IMF setuju sambung pinjaman baharu Pakistan

    NEW DELHI, 14 JULAI – Pakistan akan menerima kira-kira AS$1.17 bilion pembiayaan baharu daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) selepas ia bersetuju dengan syarat pinjaman yang ketat.

    IMF dan pihak berkuasa Pakistan telah mencapai ‘perjanjian di peringkat kakitangan’ bagi memuktamadkan penilaian semula gabungan program bantuan ketujuh dan kelapan Kemudahan Dana Lanjutan (EFF).

    “Tertakluk kepada kelulusan Lembaga Pengarah, kira-kira AS$1,177 juta akan tersedia, menjadikan pembayaran di bawah program itu berjumlah kira-kira AS$4.2 bilion,” kata ketua pasukan IMF Nathan Porter dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata Pakistan sedang menghadapi kemelut ekonomi yang mencabar dan faktor domestik serta luaran telah menyebabkan inflasi meningkat dan rizab pertukaran asing semakin berkurangan.

    IMF turut bersetuju untuk mem-pertimbangkan lanjutan EFF sehingga akhir Jun 2023 dan menambah jumlah akses kepada AS$7 bilion.

    Pada 2019, IMF dan Pakistan bersetuju dengan program pinjaman berjumlah AS$6 bilion namun ia dibekukan kerana perbezaan dengan kerajaan terdahulu.

    Untuk menyemak semula perjanjian itu, kerajaan baharu yang berkuasa sejak April lalu telah membuat beberapa keputusan mengikut kehendak IMF, termasuk menaikkan harga bahan api dan elektrik.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM (Perdana Menteri Shehbaz Sharif), rakan-rakan menteri, setiausaha dan khususnya bahagian kewangan atas bantuan dan usaha mereka dalam memastikan perjanjian itu berhasil,” kata Menteri Kewangan Miftah Ismail, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...