IMF turunkan unjuran pertumbuhan global 2019

WASHINGTON, 16 OKT – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam mengurangkan unjuran pertumbuhan global 2019 kepada tiga peratus, menurun 0.2 mata peratusan berbanding jangkaan pada Julai, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan terkini Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO).

Menyifatkan ia adalah kadar paling perlahan sejak krisis kewangan global, Ketua Ekonomi IMF Gita Gopinath menulis dalam blognya “pertumbuhan lemah berterusan disebabkan halangan perdagangan dan ketegangan geo-politik yang semakin meningkat.”

“Pertumbuhan juga dihalang oleh faktor-faktor spesifik kepada negara-negara di pasaran baharu muncul dan struktur seperti pertumbuhan produktiviti yang rendah dan demografi yang semakin menua dalam ekonomi maju,” kata Gopinath. – Bernama