Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Imigresen Sabah usir 107 pendatang tanpa izin ke negara asal

    TAWAU, 20 JAN – Seramai 107 pendatang tanpa izin warga Indonesia diusir ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin melalui Pelabuhan Tawau di sini ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia, semalam.

    Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata program itu melibatkan tahanan berumur lingkungan 14

    hingga 63 tahun iaitu terdiri daripada  96 lelaki serta 11 perempuan yang dihantar pulang menggunakan pengangkutan kapal MID East Express No.1 (No. Reg. 329501).

    “Kesemua yang diusir ini merupakan tahanan di Depot Imigresen Tawau dan Depot Imigresen Sandakan sahaja.

    “Mereka ini yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Seramai 107 pendatang tanpa izin warga Indonesia diusir ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin, khamis lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...