Immobile kekal hingga 2025

ROM, 31 OGOS – Penjaring prolifik, Ciro Immobile telah melanjutkan kontraknya bersama pasukan dari Itali, Lazio sehingga 2025.

Dalam perjanjian sebelumnya kontrak yang ditandatangani oleh Immobile bakal mansuh pada 2023.

“Ini adalah sangat penting kerana Immobile telah menarik banyak minat dari beberapa buah kelab besar,memandangkan dia adalah pemenang anugerah Kasut Emas,” menurut pengarah komunikasi Lazio, Stefano De Martino hari ini.

Dalam musim Serie A yang telah tamat pada awal bulan Ogos lalu, Immobile menjaringkan sebanyak 36 gol untuk menyaingi rekod yang dipegang oleh Gonzalo Higuain dalam liga Itali. – AP