Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Immobile lakar sejarah bersama Lazio

    MILAN, 15 MAC – Ciro Immobile memecahkan rekod jaringan Serie A terbanyak sepanjang masa Lazio kelmarin dengan gol tunggal semasa kemenangan 1-0 ke atas pasukan bergelut, Venezia, untuk mara ke tangga kelima.

    Ketua pasukan Lazio, Immobile, turut menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid sebelum separuh masa, meledak gol pada minit ke-58 melalui sepakan penalti untuk merekodkan jaringannya bersama Lazio kepada 144 gol, mengatasi satu gol dicipta oleh Silvio Piola.

    Piola adalah penjaring terbanyak sepanjang masa Serie A dengan 274 gol dalam 25 tahun kariernya di mana kejayaan terbesarnya adalah semasa Piala Dunia 1938 bersama pasukan kebangsaan Itali.

    Dia mewakili Lazio selama sembilan tahun dan menjaringkan 149 secara keseluruhan, satu lagi rekod yang dipecahkan oleh Immoblie semasa hujung musim lalu, yang kini meledak 176 gol untuk Lazio di semua kejohanan selepas mengumpul 21 gol setakat musim ini.

    “Saya berterima kasih kepada pasukan, dalam setiap perlawanan dan sepanjang musim mereka sentiasa berada di sisi saya, membantu untuk memecahkan rekod yang ada,” Immobile memberitahu DAZN.

    “Apa sahaja yang awda kecapi selepas bersara adalah bagaimana perasaan orang lain terhadap awda. Saya sangat berbangga dengan apa yang saya lakukan di sini, dan saya berterima kasih kepada peminat, yang sentiasa menyokong saya dari hari pertama saya berada di sini.”

    Sejak Immobile menyertai Lazio pada musim pada 2016, hanya Lionel Messi dan Robert Lewandowski di lima liga utama Eropah – England, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Itali – yang menjaringkan lebih banyak gol berbanding pemain kebangsaan Itali itu. – AFP

    Aksi ketua pasukan Lazio, Immobile membuat sepakan penalti sewaktu menentang Venezia di Stadium Olymic, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...