Immobile penjaring terbanyak Serie A

MILAN, 2 OGOS – Penyerang Lazio, Ciro Immobile meledak gol ke-36 buat musim ini kelmarin, selepas mereka ditewaskan 3-1 ke atas Napoli untuk menyamakan rekod selaku penjaring terbanyak dalam kempen Liga Serie A.

Penyerang antarabangsa Itali yang berusia 30 tahun, menjaringkan gol pada minit ke-22, untuk menyamakan rekod 36 gol semusim yang dipegang oleh penyerang Argentina, Gonzalo Higuain, yang ketika itu mewakili Napoli pada musim 2015-2016.

Immobile turut menjadi pemenang Kasut Emas Eropah bagi penjaring terbanyak benua itu bagi musim ini, selepas memintas penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski yang menjaringkan 34 gol pada pertengahan minggu.

Dari keseluruhan gol yang dijaringkan, 14 darinya adalah menerusi sepakan penalti, dan berjaya membawa Lazio menduduki tempat ke-4 pada musim ini, sekali gus melayakkan pasukan tersebut untuk layak bersaing di Liga Juara-Juara.

Ini merupakan kali ke tiga Immobile menjulang gelaran sebanyak penjaring terbanyak di Itali selepas musim 2013-2014, apabila dia menjaringkan 22 gol bersama Torino, dan musim 2017-2018 ketika dia menjaringkan 29 gol buat Lazio, di mana dia berkongsi gelaran tersebut bersama penyerang Milan, Mauro Icardi.

Cristiano Ronaldo terlepas peluang untuk memenangi anugerah ‘Capacannoniere’ pertamanya sebagai penjaring terbanyak liga utama Itali, selepas dia direhatkan pada perlawanan terakhir Juventus, tewas di tangan Roma 3-1.

Pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali yang kini berusia 35 tahun, mencatat nama sebagai penjaring kedua terbanyak dengan 31 gol. – AFP

Reaksi Ciro Immobile ketika menjaringkan gol menentang Brescia pada perlawanan sebelumnya. Immobile meledakkan gol ke-36 buat musim ini untuk menyamakan rekod selaku penjaring terbanyak dalam kempen Liga Serie A.- AFP