Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impak COVID-19 ke atas ekonomi ‘sementara’

    WASHINGTON, 13 MAC – Presiden Donald Trump ‘hampir’ mencapai perjanjian pakej rangsangan ekonomi dengan penggubal undang-undang AS bagi menghalang kerosakan akibat wabak koronavirus yang menyaksikan pasaran saham merudum dan menjejaskan perniagaan, Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin (gambar bawah) menjelaskan hari ini.

    Kebimbangan mengenai virus itu mengakibatkan indeks-indeks Wall Street merosot, menutup Disneyland dan Broadway serta membatalkan liga-liga bola sepak utama atau menangguhkan musim perlawanan, namun Mnuchin menggelar kelembapan ini sebagai ‘isu jangka pendek.’

    Presiden komited mendapatkan ‘pakej rangsangan utama’ melalui Kongres, Mnuchin memberitahu CNBC, namun dia tidak memberikan butiran lanjut.

    Pilihan lain termasuklah pengurangan cukai gaji dan cara lain termasuklah menyediakan pembiayaan bagi orang yang tidak dapat bekerja kerana virus.

    “Ia tidak diragukan lagi bahawa ia sememangnya satu isu ekonomi jangka pendek, namun kita akan dapat mengatasinya,” katanya.

    Mnuchin berkata demikian selepas Bursa Saham DOW menjunam 10 peratus dalam perdagangan Khamis, meskipun Rizab Simpanan AS bertindak menyuntik AS$1.5 trilion wang tunai ke dalam pasaran minggu ini dan memperluaskan pembelian hutang Perbendaharaan AS – kedua-dua langkah itu mengingatkan pasaran kepada krisis kewangan global dalam 2008.

    Mnuchin berikrar dalam temu bual itu bahawa bank mempunyai cukup kecairan, mengatakan sebaik sahaja virus itu diatasi, ‘ekonomi akan lebih kukuh berbanding sebelumnya.’ – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda