Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    IMPAK semai semangat keprihatinan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Kumpulan IMPAK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Dalam sama-sama menyemai semangat keprihatinan sesama masyarakat yang memerlukan terutamanya golongan warga emas, Kumpulan Pergerakan Belia, Pusat Belia Tutong (IMPAK) dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan,

    Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah menganjurkan Projek IMPAK Ubaya-ubaya, baru-baru ini.

    Projek berkenaan memfokuskan kepada menghulurkan bantuan kemasyarakatan hasil sumbangan orang ramai berupa peralatan kebersihan, kesihatan dan makanan bernutrisi bagi keperluan golongan warga emas yang kurang berkemampuan di Daerah Tutong.
    Projek tersebut mula dibukakan kepada orang ramai untuk menghantar sumbangan di Pusat Belia, Daerah Tutong secara drop point.

    Manakala pengagihan sumbangan yang dikumpulkan berkenaan telah dilaksanakan pada Sabtu lalu secara pandu lalu di kawasan masjid Kiudang, Daerah Tutong dan selebihnya dihantar ke rumah-rumah penerima.

    Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan IMPAK, Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan juga selaku pemangku ketua Kampung Sengkarai Tutong; Penolong Penyelia Pusat Belia, Daerah Tutong, Awang Ibrahim bin Haji Sabli; Pemangku Ketua Kampung Batang Mitus dan Bakiau, Awang Suhaili bin Alas; dan Setiausaha Kumpulan IMPAK, Dayang Nornaqibah binti Abdul Hamid yang juga selaku pengendali projek tersebut serta ahli-ahli Kumpulan IMPAK.

    Sumbangan telah disampaikan secara pandu lalu di masjid Kiudang dan an selebihnya dihantar ke rumah-rumah penerima.

    Semasa dihubungi, Awang Abdul Aziz merakamkan kesyukuran menyaksikan keprihatinan orang ramai dalam sama-sama menyumbang bagi menjayakan projek tersebut.

    “Meskipun projek ini hanya disasarkan dalam 20 pek sumbangan, namun kami dapat mengumpulkan 56 pek untuk disumbangkan dengan sumbangan yang diterima terdiri daripada buah-buahan segar, minuman Vitamin C, minuman berperisa buah, bijirin, alat pembasmi kuman serta kit ujian pantas antigen (ART),” kongsinya.

    Menurutnya lagi, projek berkenaan juga secara tidak langsung membantu mening-katkan kesedaran golongan warga emas, terutamanya yang tinggal bersendirian dengan mengajar mereka cara penggunaan kit ART.

    Rata-rata mereka tidak tahu atau tidak pernah menggunakan kit ART berkenaan dan dengan cara ini mereka dapat memberikan tunjuk ajar bagaimana menggunakan dan bila masa sesuai ia digunakan.

    Selain itu, dengan projek ini juga menanamkan rasa kasih sayang dan prihatin
    para belia kepada golongan warga emas ini.

    Sekurang-kurangnya, golongan warga emas berkenaan diambil peduli oleh masyarakat, terutama golo-ngan belia.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -