Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Impian Auger-Aliassime, Shapovalov jadi kenyataan

    MALAGA, SEPANYOL, 28 NOV – Felix Auger-Aliassime dan Denis Shapovalov memenuhi impian kanak-kanak mereka pada Ahad setelah melakar sejarah untuk Kanada dengan menewaskan Australia 2-0 di Malaga sekali gus memenangi Piala Davis pertama.

    Pemain ranking dunia keenam, Auger-Aliassime mudah mengalahkan Alex De Minaur 6-3, 6-4 dalam aksi final untuk memberi Kanada trofi kemenangan.

    Sebelum itu, Shapovalov telah memberikan Kanada mata pertama dengan mengalahkan Thanasi Kokkinakis 6-2, 6-4.

    “Sukar untuk menerangkan emosi saya ketika ini,” kata pemain berusia 22 tahun, Auger-Aliassime.

    “Denis dan saya membesar bersama dengan membayangkan pentas ini, mengimpikan kemenangan Piala Davis. Ini adalah momen terindah buat saya dan negara.”

    Auger-Aliassime bergantung pada servisnya yang konsisten. Manakala Shapovalov didorong oleh kemahuannya untuk menang pada minggu ini.

    “Dua kekalahan yang sukar pada minggu ini dan saya berasa sangat gembira dengan cara permainan saya untuk mendapatkan kemenangan,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

    “Ia membantu saya yang pernah mara ke aksi final sebelum ini.

    “Pada masa itu, semuanya terasa asing bagi saya, kami berasa lega kerana dapat sampai ke final. Tetapi untuk hari ini, kami sudah bersedia untuk memburu trofi kemenangan.” – AFP

    Pasukan Kanada menjulang trofi selepas memenangi kejohanan tenis Piala Davis di Malaga, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...