Impian Barca hampir jadi kenyataan

MADRID, 4 MAC – Barcelona memerlukan masa tambahan untuk mara ke pusingan akhir Copa del Ray kelmarin, dengan kemenangan agregat 3-2 ke atas Sevilla selepas kejadian serbuan pihak polis dua hari lalu ke atas kelab dan menahan bekas presiden.

Selepas ketinggalan 2-0 pada pusingan pertama, pemain kebangsaan Denmark, Martin Braithwaite menyumbat gol berharga pada minit kelima masa tambahan melalui tandukan hasil hantaran lintang Jordi Alba.

Gerard Pique menyamakan kedudukan pada minit keempat masa kecederaan dengan perlawanan terakhir untuk menyelamatkan Barca.

Pemain veteran kebangsaan itu menanduk masuk bola selepas menerima hantaran lintang daripada rakan sepasukan, Antoine Griezmann.

Ia selepas Ousmane Dembele, yang menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 di Sevilla semasa pertemuan di La Liga pada hujung minggu, memastikan pemenang Piala Sepanyol 30 kali itu gol pertama selepas 12 minit sepak mula separuh masa kedua.

Reaksi pemain Barcelona meraikan gol kedua pasukan menerusi pemain pertahanan, Gerard Pique dalam pertemuan menentang Sevilla, kelmarin.- AFP

Walau bagaimanapun, Sevilla mampu menentukan perlawanan pada minit ke-73.
Mereka telah diberikan sepakan penalti apabila Lucas Ocampos dijatuhkan oleh Oscar Mingueza.

Namun, sepakan kaki kanan Ocampos berjaya diselamatkan oleh Marc-Andre ter Stegen.

Derita Sevilla semakin bertambah apabila mereka terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain kebangsaan Brazil, Fernando dilayangkan kad merah kerana mengasari Francisco Trincao.

Kemenangan itu amat penting buat Barcelona selepas bekas presiden, Josep Maria Bartomeu; ketua eksekutif semasa, Oscar Grau; ketua perkhidmatan undang-undang, Roma Gomez dan penasihat kepada Bartomeu, Jaume Masferrer kesemuanya ditahan oleh polis Catalan, yang menggeladah pejabat kelab awal minggu ini.

Mereka disoal siasat berhubung isu ‘Barcagate’ yang berlaku tahun lalu.

Kelab tersebut akan mengadakan pilihan raya presiden hujung minggu ini.

Penggeledahan di stadium Barcelona merupakan sebahagian daripada siasatan tuduhan kelab melancarkan kempen fitnah ke atas bekas dan pemain ketika ini yang sering mengkritik Bartomeu.

Barcelona akan berdepan sama ada Athletic Bilbao atau Levante, dan akan bermain di final pada 17 April di Seville.- AFP