Sunday, October 2, 2022
33.3 C
Brunei

Impian Chun Chen jadi kenyataan pada Sukma terakhirnya

-

KUALA LUMPUR, 19 SEPT – Gimnas Pulau Pinang Ng Chun Chen (gambar-Bernama) boleh menarik nafas lega selepas merangkul pingat emas all-round individu lelaki pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 hari ini.

Pingat emas diraih itu adalah yang pertama bagi kategori individu dalam tiga penampilannya di pentas Sukma selepas membantu Pulau Pinang meraih emas acara berpasukan pada edisi sebelumnya.

Chun Chen mengumpul 77.850 mata dalam keseluruhan enam disiplin, menewaskan rakan seperjuangan dalam kem negara Muhammad Shahrul Aimy Mohd Kamarul Hisam dan Luqman Al Hafiz masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.

Muhammad Shahrul yang mewakili Terengganu mengumpul 76.900 mata dan wakil Perak Luqman Al Hafiz sekadar mengutip 76.350 mata.

Lebih manis, persembahan terpuji gimnas Ng Chun Chen turut menyumbang kepada kejayaan Pulau Pinang merangkul emas dalam kategori berpasukan lelaki selepas mengumpul keseluruhan 282.300 mata.

“Saya berterima kasih kepada rakan sepasukan sebab kalau tiada mereka saya juga tidak boleh buat. Sebenarnya, dalam kalangan kami ada yang cedera termasuk saya di buku lali tepi kami tetap berjuang hingga akhir.

Beliau berkata, “Saya sebenarnya sangat gembira menang emas (keseluruhan individu) kerana ia emas individu pertama saya, saya cuba untuk tidak nampak terlalu gembira tetapi sebenarnya saya sangat gembira.” Sukma edisi kali ini adalah yang terakhir buat Chun Chen yang mahu berehat seketika sebelum kembali menjalani latihan dalam persiapannya menghadapi cabaran tahun hadapan termasuk impian mewakili negara di Sukan SEA dan beberapa temasya serta kejohanan lain. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -