Monday, October 7, 2024
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian Durant akhirnya tercapai

    OAKLAND, 14 Jun – Kevin Durant datang ke Golden State memburu kejuaraan dan menemui sekumpulan suadara yang tepat, yang diperlukannya untuk akhirnya menjulang gelaran yang lama dicari.

    Selepas menggegarkan NBA pada tahun lepas dengan keputusannya untuk meninggalkan Oklahoma City sebagai ejen bebas dan menandatangani bersama Warriors, impian Durant menjadi kenyataan pada Isnin lalu apabila Golden State menewaskan Cleveland 129-120 untuk memenangi empat perlawanan best-of-seven NBA Finals 4-1.

    “Untuk mempunyai rakan sepasukan yang menggalakkan anda, yang meningkatkan anda, ia apa yang kami perlukan dalam kehidupan,” katanya. “Ia adalah luar biasa untuk melihatnya sepanjang tahun, dan sekarang hanya untuk berada di sini bersama pasukan, ia luar biasa.”

    Durant dinamakan NBA Finals Most Valuable Player selepas mencatatkan 35.2 mata dan 8.4 ‘rebound’ dalam satu perlawanan, dan menjadi pemain pertama sejak Shaquille O’Neal pada 2000 untuk menghasilkan 30 atau lebih banyak mata dalam lima perlawanan akhir.

    Bintang Warriors, Kevin Durant tersenyum sambil memegang Anugerah NBA Finals Most Valuable Player selepas kemenangan Warriors di NBA Finals ke atas Cleveland Cavaliers. – AP
    Bintang Warriors, Kevin Durant tersenyum sambil memegang Anugerah NBA Finals Most Valuable Player selepas kemenangan Warriors di NBA Finals ke atas Cleveland Cavaliers. – AP

    “Anda perlu menggelar Kevin Durant seorang juara sekarang,” kata pemain pertahanan Warriors dan NBA MVP dua kali, Stephen Curry. “Saya hanya merasa gembira untuknya kerana merealisasikan matlamatnya dan menjadi rakan sepasukan saya.”

    Curry menerima baik ketibaan Durant selepas Warriors diketepikan pada tahun lepas kepada Cleveland dalam tujuh perlawanan, sikap tidak pentingkan diri menggambarkan hasrat Durant dan mencipta gandingan menarik yang hampir sukar dihentikan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda