Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Impian Inter hancur dikalahkan Empoli

    MILAN, 24 JAN – Inter Milan terlepas peluang untuk menduduki tempat kedua di Serie A apabila mereka tewas 1-0 di laman sendiri kepada Empoli, kelmarin.

    Inter, yang memenangi sembilan perlawanan liga terakhir mereka menentang Empoli, berada di tempat ketiga tetapi harapan mereka untuk mendaki di atas pesaing ketat, AC Milan ke tangga kedua terhalang lima minit sebelum separuh masa apabila Milan Skriniar dilayangkan kad kuning kedua.

    Pemain pertahanan Slovakia itu, yang telah dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain, dilayangkan kad kuning kerana menghalang pada minit ke-25 sebelum dilayangkan kad merah kerana terjahan kasar.

    Satu-satunya gol hadir selepas 66 minit apabila Nedim Bajrami memberikan bantuan kepada Tommaso Baldanzi yang berusia 19 tahun untuk gol ketiganya musim ini.

    Inter kekal di tempat ketiga, satu mata di belakang AC Milan yang akan bermain di Lazio pada hari Selasa, dan menyamai mata dengan Roma.

    Napoli adalah pendahulu carta liga dengan 12 mata di hadapan. – AFP

    Reaksi Tommaso Baldanzi meraikan kejayaan selepas membuka jaringan semasa perlawanan bola sepak Serie A Itali di stadium Giuseppa-Meazza (San Siro) di Milan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...