Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Impian ke Disneyland tercapai

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Impian Dayang Janatul Juliana untuk melawat ke Disneyland, Jepun tercapai apabila memenangi hadiah utama iaitu tiket penerbangan ke
    Tokyo Disneyland bagi Promosi Nissan Holiday Wonderlands, hari ini

    Setelah melalui tiga pusingan permainan pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Dewan Pameran Nissan, Beribi, Dayang Janatul Juliana tidak menyangka bahawa belon yang berjaya dipecahkan mengandungi hadiah utama berupa tiket penerbangan untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak ke Tokyo Disneyland bersama penginapan serta elaun tunai berjumlah $1,500.

    Hadir menyaksikan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pengurus Perkhidmatan Pelanggan, Han Ming Kwang.

    Sementara itu, hadiah kedua berupa tiket penerbangan ke Singapura untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak bersama penginapan serta elaun tunai berjumlah $800 telah dimenangi oleh Awang Khalid.

    Hadiah ketiga berupa tiket penerbangan ke Malaysia untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak berserta penginapan dan elaun tunai berjumlah $500 telah dimenangi oleh Awang Mohammad Fadil Al Rashid.

    Han Ming Kwang (kiri) menyampaikan hadiah kepada Dayang Janatul Juliana (kanan) yang memenangi hadiah utama Promosi Nissan Holiday Wonderlands, kelmarin.
    Dayang Janatul Juliana beraksi dalam permainan pusingan kedua yang melayakkannya untuk mara ke pusingan terakhir bagi menentukan pemenang hadiah utama.
    Han Ming Kwan bergambar-ramai dengan pemenang-pemenang bertuah Promosi Nissan Holiday Wonderlands, hari ini.
    – Impian Dayang Janatul Juliana untuk melawat Disneyland menjadi nyata apabila memenangi hadiah utama Promosi Nissan Holiday Wonderlands, hari ini.

    Manakala itu, tujuh pelanggan bertuah yang lain membawa pelbagai hadiah-hadiah sagu hati yang menarik.

    Dalam temu bual ringkas bersama Media Permata selepas penyampaian hadiah itu, Dayang Janatul Juliana menyatakan perasaan teruja dan terkejut kerana tidak menyangka akan memenangi hadiah utama promosi itu.

    Beliau turut menyatakan perasaan amat bersyukur dan kemenangannya itu, merupakan permulaan yang amat baik bagi 2023.

    “Saya memang ingin sangat untuk melawat ke Disneyland kerana saya amat meminati watak puteri-puteri Disney dan ini merupakan peluang yang amat bermakna bagi saya,”
    ujarnya.

    Promosi Nissan Holiday Wonderlands berjalan dari 1 November hingga 31 Disember 2022 di mana sesiapa yang membuat pembelian kenderaan Nissan adalah layak untuk memasuki cabutan bagi promosi berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...