Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Impian ke pentas AJL musnah

    Penyanyi dan komposer Aiman Sidek meluahkan rasa kesal apabila lagu nyanyiannya bersama Alin Sidek berjudul Cinta Sejati tidak layak berentap di separuh akhir Muzik-Muzik ke-37 (SFMM37).

    Aiman atau Mohamad Aiman Md Sidek, 33, berkata, sebagai seorang penyanyi dan komposer, sudah tentu dia meletakkan harapan untuk bertanding di pentas besar berkenaan.

    Meskipun lagu itu berjaya menjadi juara carta di beberapa buah stesen radio dan mendapat tontonan lebih 10 juta di laman YouTube, dia mengakui jumlah pengikut tidak ramai di media sosial membantutkan hasratnya bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

    “Untuk beraksi di pentas AJL mungkin terlalu jauh bagi saya, setidaknya saya ingin berentap di peringkat separuh akhir.Namun, saya juga akur dengan jumlah pengikut yang tidak ramai di media sosial membuatkan lagu Cinta Sejati tidak layak kerana kurang mendapat undian,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, penyanyi ini memberitahu dia pernah beraksi di pentas akhir AJL ke-28 pada tahun 2008 menerusi lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya berjudul Dusta Berkalang.

    Selepas kemunculan di pentas anugerah berprestij itu, dia berusaha keras bagi menempatkan diri dalam industri hiburan sehinggalah lagu Cinta Sejati mendapat tempat di hati pendengar. – Agensi

    Aiman reda belum ada rezeki masanya untuk dia bersaing di pentas AJL. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...