Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Impian menangi Pingat ICAS jadi kenyataan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Bagi pelajar Tahun 11 Sains, Sekolah Menengah Chung Ching Seria, Jordan Hee Shan Yung, memenangi pingat berprestij, Pingat ICAS bagi 2022, bukan sahaja pencapaian yang membanggakan bagi sekolah dan negara tetapi ia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan setelah sekian lama menanti untuk memenangi pingat berkenaan.

    Jordan Hee telah memperoleh keputusan cemerlang untuk mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Pertandingan dan Penilaian Antarabangsa ICAS, pertandingan dalam talian yang direka khusus untuk sekolah rendah dan menengah.

    Ia merupakan pertandingan yang dijalankan setiap tahun oleh Printis Janison EdTech di seluruh Australia dan di lebih 20 buah negara di Asia, Afrika, Eropah, negara-negara Pasifik serta Amerika.

    Pingat ICAS dan sijil pemenang dianugerahkan kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi di setiap negara yang mengambil bahagian. Jordan Hee ketika ditemui, menyatakan anugerah itu merupakan sesuatu yang amat berharga baginya kerana beliau telah mengambil bahagian dalam penilaian ICAS setiap tahun dari sekolah rendah dan telah mencatatkan keputusan kepujian tertinggi (highest distinction) tetapi belum pernah menerima pingat ICAS.

    “Saya berasa amat gembira dan bangga dengan pencapaian dan penganugerahan pingat ICAS ini.”

    Beliau berkata mata pelajaran Sains dan Matematik merupakan dua mata pelajaran kegemarannya sejak kecil di mana beliau mempunyai kefahaman yang tinggi bagi kedua-dua mata pelajaran itu.

    Kepada pelajar-pelajar yang ingin meraih keputusan cemerlang, Jordan Hee berkata nasihat terbaiknya adalah memberikan perhatian 100 peratus semasa dalam bilik darjah dan mencatatkan maklumat yang penting supaya dapat diulang kaji apabila berada di rumah nanti.

    Jordan turut menyatakan penghargaan kepada semua guru mata pelajaran Sains dan Matematik kerana tanpa didikan mereka, impiannya tidak mungkin dapat direalisasikan.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru saya atas usaha mereka dalam mencurahkan pengetahuan serta pengalaman kepada kami semua,” katanya.

    Jordan Hee bergambar bersama Pingat ICAS dan sijil yang diterimanya bagi mata pelajaran Sains dan Matematik untuk 2022. – Gambar serahan Sekolah Chung Ching, Seria
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...