Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Impian Olimpik Sze Fei belum berakhir

    KUALA LUMPUR, 1 FEB – Berpisah dengan gandingan sedia ada bukan satu pengakhiran buat pemain beregu lelaki Malaysia, Goh Sze Fei, malah ia tidak sedikit pun meranapkan impiannya untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik.

    Susulan keputusan untuk memisahkan beliau daripada pasangannya Nur Izzuddin Rumsani yang dibuat baru-baru ini, Sze Fei terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, namun semangatnya tidak terjejas.

    Walaupun masih belum mengetahui pasangan baharunya, pemain berusia 25 tahun itu berkata beliau masih berpeluang untuk beraksi di temasya sukan terbesar berkenaan pada edisi 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

    Sze Fei berkata beliau sedia memikul tanggungjawab untuk membantu dan membimbing pemain muda mencapai tahap terbaik mereka sekiranya pasukan kejurulatihan memutuskan untuk bekerjasama tidak lama lagi.

    Bagaimanapun, juara Terbuka Jerman 2022 itu berharap dapat berkongsi impian sama dengan pasangan baharunya nanti dalam mencipta kejayaan cemerlang termasuk memenangi kejohanan pada masa akan datang. – Bernama

    Sze Fei (kiri) bersama pasangannya, Nur Izzuddin ketika dalam kejohanan terbuka Swiss pada Mac 2022. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...