Monday, October 7, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian ratu renang ke Olimpik

    KUALA LUMPUR, 8 Mei – Alicia Li Ann Soosai menjadi pujaan ramai selepas beliau berjaya menewaskan perenang Hong Kong Natalie Kan Cheuk Tung untuk meraih pingat emas dalam acara 50m kuak dada di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia baru-baru ini.

    Perenang berusia 15 tahun itu mencatat masa 32.83 saat dalam 50m kuak dada wanita, 0.02s di hadapan perenang Hong Kong yang memperoleh perak dalam acara itu.

    Perenang dari Johor itu sebelum ini telah menyapu bersih acara kuak dada dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018, dan memenangi acara 100m dan 200m kuak dada pada hari pertama dan kedua kejohanan kali ini.

    Bagaimanapun, perjalanan beliau tidak berakhir di sini. Atlet muda ini akan mengambil langkah seterusnya dalam Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura Ke-15, Kejohanan Renang Kumpulan Umur Asia Tenggara dan Piala Dunia Renang FINA di Singapura tahun ini.

    “Menyertai Sukan SEA adalah matlamat utama saya tahun ini, ia boleh menjadi sebagai pencapaian terbesar saya,” kata Alicia.

    Bercakap mengenai impian hidupnya, perenang yang sedang meningkat itu berkata impian beliau tidak lain daripada menyertai Sukan Olimpik seperti idolanya Katie Ledecky dari Amerika Syarikat yang memenangi lima pingat emas Olimpik dan 14 gelaran kejohanan dunia.

    Alicia mendapat inspirasi daripada kata-kata Ledecky bahawa “Anda boleh gagal dalam latihan tetapi anda boleh beraksi dengan baik dalam pertandingan,” yang menjadikan beliau insan yang lebih baik. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda