Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Impian T.O.P ke bulan tinggal mimpi

    Penyanyi K-pop, T.O.P terpaksa menangguhkan hasrat menyertai misi ke bulan dijadualkan berlangsung tahun ini.

    Penangguhan tersebut dibuat susulan kapal angkasa yang sepatutnya membawa mereka ke bulan masih belum disiapkan.

    Memetik dari mStar, Profesor dari Universiti Kyunghee iaitu Kim Sung Soo turut menjangkakan misi diberi nama Dear Moon itu berkemungkinan tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

    “Kami telah melengkapkan kontrak dengan usahawan dari Jepun untuk memiliki roket yang diberi nama Starship.

    “Mengikut perancangan awal, kami sepatutnya sudah berada di bulan tapi pembinaan Starship oleh syarikat SpaceX tergendala.

    “Misi tersebut tidak akan diteruskan dalam thun ini dan mungkin juga tidak dalam masa beberapa tahun akan datang,” jelasnya dalam satu kenyataan.

    Dear Moon merupakan satu misi yang direncanakan oleh seorang jutawan dari Jepun bernama Yusaku Maezawa untuk membawa lapan orang berpengaruh dari seluruh dunia mengelilingi bulan selama enam hari.

    T.O.P yang juga merupakan bekas anggota kumpulan kpop Big Bang adalah salah seorang terlibat dalam misi berkenaan.

    Rancangan tersebut diumumkan Disember tahun lalu dan turut mendapat kerjasama syarikat SpaceX milik usahawan terkenal Elon Musk. – Agensi

    T.O.P turut mempromosikan misi ke bulan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...