Sunday, September 24, 2023
27.8 C
Brunei

    -

    Impian Ukraine beraksi di Piala Dunia punah

    CARDIFF, UNITED KINGDOM, 6 JUN – Gareth Bale membantu Wales mara ke Piala Dunia pertama mereka sejak 1958, setelah berjaya menewaskan pasukan Ukraine dengan keputusan 1-0 di Cardiff, kelmarin.

    Kemenangan tersebut tercipta daripada sepakan percuma Bale, apabila kapten Ukraine, Andriy Yarmolenko melakukan kesilapan menyumbat ke gawangnya sendiri. Walaupun pasukan pelawat menguasai perlawanan tersebut dalam hujan di Stadium Bandar Cardiff.

    Sementara itu, Ukraine kebanggaan setelah mengalahkan Scotland 3-1 pada Rabu lalu dalam perlawanan pertama mereka sejak pencerobohan Rusia.

    Anak buah Oleksandr Petrakov mempamerkan aksi luar biasa dalam perlawanan dan mereka berhak mendapatkan lebih banyak kemenangan dengan membawa harapan penduduk Ukraine yang mengalami kesukaran atas pencerobohan Rusia.

    Dalam perlawanan mereka menentang Scotland pada minggu lalu telah menyaksikan tepukan gemuruh daripada penyokong yang hadir di stadium tersebut setelah mendengarkan lagu kebangsaan Ukraine dimainkan, semangat berkobar-kobar yang dirasakan oleh pasukan pelawat memuncak berbanding dengan tekanan yang mereka hadapi. – AFP

    Reaksi Gareth Bale meraikan kemenangan tersebut bersama pasukannya selepas menewaskan Ukraine di Stadium Bandar Cardiff. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...