Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Impian Woods jadi kenyataan

    WASHINGTON, 18 Sept – Beraksi pada Piala Ryder akan menyempurnakan kepulangan musim menakjubkan buat juara 14 kali dunia, Tiger Woods, salah satu perkara yang ditakutinya tidak tercapai selepas pembedahan belakang.

    Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 42 tahun itu mula menunjukkan bayangan prestasi yang menjadikannya pemain golf yang dominan semasa zaman mudanya dulu dalam kempen pertamanya setelah menjalani pembedahan tulang belakang bagi meneruskan kariernya.

    “Ia adalah usaha terakhir saya. Saya cuba melakukan segala-galanya dan pembedahan itu merupakan jalan terakhir yang saya ada. Saya sendiri tidak tahu apa kesudahan karier yang akan saya lalui,” kata Woods.

    Setakat ini, prestasi Woods semakin meningkat dan penilaian perubatan menunjukkan dia tidak lagi berdepan masalah sakit belakang selepas bertarung masalah itu lebih setahun.

    Woods membuat pukulan lubang ke-10 pusingan kedua Kejuaraan Golf BMW di Aronimink, Newtown Square, Pennsylvania pada 8 September yang lalu. – AP

    Malah, Woods kini berupaya melakukan pukulan lebih jauh berbanding zaman mudanya, memimpin kejayaannya menerajui pusingan terakhir Terbuka British pada Julai lalu, dengan meraih tempat kedua Kejuaraan PGA, bulan lalu dan mencatatkan 62 pukulan awal bulan ini – catatan terbaiknya sepanjang aksi pembukaan Jelajah PGA sejak saingan Klasik Byron Nelson 1999.

    Bekas juara nombor satu dunia itu turut berjaya memikat ketua pasukan, Jim Furyk untuk disenaraikan dalam skuad Piala Ryder dan bercadang melantiknya sebagai penolong ketua pasukan berikutan kualiti permainan yang dimilikinya ketika ini.

    “Memang saya menyimpan cita-cita untuk tersenarai dalam pasukan. Saya sangat teringin beraksi pada Piala Ryder. Saya belum mencapai tahap prestasi terbaik, tapi ia tetap sasaran pada hujung musim saya untuk tersenarai dalam pasukan Piala Ryder AS,” kata Woods. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda