Import, eksport China merosot

BEIJING, 7 JUN – Eksport dan import China merosot pada Mei tatkala kemelesetan ekonomi di luar negara mulai menerima kesan paling te-ruk, dan selepas peningkatan mengejutkan dalam permin-taan untuk bekalan anti-epidemik, data rasmi menunjukkan hari ini.

Dengan permintaan peng-guna meleset dan pasaran luar negara mengalami kegawatan, import mencatat kemerosotan paling teruk dalam empat tahun, walaupun ketika negara berusaha memulakan semula ekonominya selepas aktiviti dihentikan untuk mengawal koronavirus.

Eksport dari negara pengeluaran merosot 3.3 peratus pada bulan lalu, lebih baik daripada kemerosotan 6.5 peratus yang dijangkakan oleh tinjauan penganalisis Bloomberg.

Namun keputusan negatif itu dicatat selepas lonjakan mengejutkan sebanyak 3.5 peratus pada April, yang sebahagiannya disebabkan eksport perubatan.

Data kastam yang dikeluarkan hari ini juga menunjukkan kemerosotan yang lebih besar daripada dijangka dalam import, yang merosot sebanyak 16.7 peratus dan mencecah tahap rendah empat tahun.

Sebahagian besar kemerosotan dalam nilai import boleh dijelaskan oleh kemerosotan harga komoditi di seluruh dunia, kata Rajiv Biswas dari IHS Markit. – AFP