BEIJING, 21 Okt – Import gas asli China terus berkembang pesat pada bulan September tatkala pengeluaran dalam negeri meningkat dengan baik, menurut data rasmi yang dikeluarkan.
Import gas asli melonjak 28.3 peratus tahun ke tahun kepada 7.62 juta tan bulan lepas, menurut data Biro Statistik Perangkaan Nasional (NBS).
Kadarnya adalah 9.7 mata peratusan lebih perlahan daripada kenaikan yang dicatatkan pada bulan Ogos.
Dalam sembilan bulan pertama tahun ini, gas asli yang diimport berjumlah 64.78 juta tan, meningkat 34 peratus tahun ke tahun.
Import gas asli China telah menyaksikan pertumbuhan mantap untuk memenuhi permintaan domestik yang semakin meningkat, sebahagiannya didorong oleh inisiatif kerajaan menggunakan tenaga bersih sebagai pemanasan musim sejuk dan bukannya dengan penggunaan arang batu.
Keluaran gas asli meningkat sebanyak 8.5 peratus pada bulan September, 1.2 mata peratusan lebih perlahan dari bulan Ogos lalu, menurut data terbaharu NBS. – Xinhua