Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Import kopi Korea Selatan cecah 45.1% pada 2022

    SEOUL, 9 JAN – Import kopi Korea Selatan melonjak hampir 45.1 peratus dalam tempoh 11 bulan pertama 2022 berbanding setahun sebelumnya.

    Menurut data dari Perkhidmatan Kastam Korea hari ini, nilai import bahan itu mencecah AS$1.19 bilion dalam tempoh Januari hingga November, meningkat 45.1 peratus daripada tahun sebelumnya.

    Ia menandakan kali pertama import kopi tahunan Korea Selatan melebihi AS$1 bilion. Jumlah tahun lepas juga meningkat 16.7 kali ganda daripada 20 tahun sebelumnya, lapor Yonhap.

    Dari segi jumlah, import kopi Korea Selatan mencecah kira-kira 187,790 tan dalam tempoh 11 bulan, meningkat daripada 171,990 tan berbanding tahun sebelumnya.

    Import kopi Korea Selatan telah meningkat secara berterusan sejak 2018 apabila semakin ramai orang Korea menikmati minuman itu.

    Jumlah kedai kopi dan kedai minuman di negara itu kini mencecah 99,000 pada akhir Disember, meningkat 17.4 peratus dari tahun sebelumnya. – Bernama

    Pempamer membungkus biji kopi semasa pameran di Goyang, Korea Selatan pada 7 Oktober 2022. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...