Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Imran Khan anjur protes ‘kebebasan’

    LAHORE, PAKISTAN, 14 MEI – Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan menggesa protes ‘kebebasan’ di seluruh negara itu hari ini, selepas penahanannya yang singkat minggu ini mencetuskan pergolakan maut.

    Mantan bintang kriket itu yang terikat dengan berpuluh-puluh kes undang-undang sejak digulingkan daripada kuasa pada April tahun lalu, kini telah dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat lalu selepas penahanannya diisytiharkan menyalahi undang-undang oleh Mahkamah Agung.

    Berang dengan penahanan itu, penyokong telah membakar bangunan kerajaan, menyekat jalan dan merosakkan harta benda milik tentera, yang mereka salahkan atas kejatuhan
    Khan.

    “Kebebasan tidak datang dengan mudah. Awda perlu merampasnya. Awda perlu berkorban untuknya,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di YouTube semalam.

    Dia menyeru penyokong mengadakan protes ‘di hujung jalan dan kampung awda’ di seluruh negara hari ini selama satu jam bermula 5:30 petang waktu tempatan.

    Selepas lima hari huru-hara di seluruh Pakistan, hari ini kembali tenang, tetapi Khan juga telah berjanji untuk kembali berkempen pada Rabu untuk pilihan raya segera.

    Selama berbulan-bulan, pemimpin parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan itu telah melancarkan kempen menentang tentera.

    Penahanannya pada Selasa lalu berlaku hanya beberapa jam selepas dia ditegur kerana mendakwa pegawai kanan terlibat dalam cubaan membunuhnya tahun lalu. – AFP

    Aktivis dan penyokong parti Tehreek-e-Insaf (PTI) berkumpul di luar kediaman bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan untuk mendengar ucapannya, di Taman Zaman di Lahore. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -