Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Imran Khan ketuai perarakan bantahan

    ISLAMABAD, 25 MEI – Perdana Menteri yang digulingkan, Imran Khan, hari ini, mengetuai konvoi ribuan penyokong menuju ke bandar Islamabad, dengan pertempuran mula meletus antara polis dan para pembantah.

    Sejak disingkirkan daripada kuasa melalui undi tidak percaya bulan lalu, bintang kriket bertukar politik itu terus memberi tekanan kepada kerajaan gabungan baharu yang rapuh, dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya diadakan.

    Khan menyeru penyokongnya untuk berarak ke ibu negara dan mengadakan mogok sehingga pilihan raya baharu diumumkan.

    “Tidak ada halangan yang boleh menghentikan kami, kami akan menghadapi semua sekatan dan tiba ke Islamabad,” umum Khan dari atas sebuah trak.

    Beliau membuat ketibaan dramatik menggunakan helikopter, mendarat di laluan jalan raya yang dipenuhi ratusan buah kereta dan para penyokong yang berjalan di luar bandar Mardan, 100km dari barat laut Islamabad.

    Semua jalan sekitar Islamabad telah disekat dengan kehadiran pasukan keselamatan, sementara tempat masuk dan keluar berdekatan bandar-bandar utama termasuk Lahore, Multan dan Peshawar juga telah ditutup.

    Polis melontarkan gas pemedih mata ke atas ratusan penyokong Khan yang cuba untuk membuang sekatan jalan di Lahore dan Faizabad, di mana penyokong PTI juga merampas jentera pengorek yang digunakan untuk melapangkan kontena-kontena. – AFP

    Imran Khan (tengah) bersama para penyokongnya menyertai perhimpunan protes di Swabi pada 25 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...