Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Imran Khan stabil selepas ‘cubaan bunuh’

    ISLAMABAD, 3 NOV – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dalam keadaan stabil selepas ditembak di kaki hari ini pada perhimpunan politik yang dianggap oleh presiden negara itu sebagai ‘percubaan pembunuhan yang kejam’.

    Khan telah mengetuai perarakan sejak Jumaat dari bandar Lahore menuju ke ibu negara, Islamabad, berkempen untuk pilihan raya baharu selepas disingkirkan daripada jawatan pada April.

    Khan cedera apabila tembakan dilepaskan daripada orang ramai berhampiran Gujranwala, kata pembantu kanannya, Raoof Hasan, kepada AFP.

    “Ini adalah percubaan untuk membunuhnya, untuk membunuhnya,” kata Hasan, sambil menambah seorang penyerang yang dikatakan telah ditembak mati dan yang kedua ditahan polis.

    Dalam satu tweet, Presiden Pakistan Arif Alvi juga menyebutnya sebagai ‘cubaan pembunuhan yang keji’.

    “Saya bersyukur kepada tuhan dia selamat tetapi cedera dengan beberapa peluru di kakinya dan semoga tidak kritikal,” katanya dalam tweet. – AFP

    Seorang lelaki menyaksikan berita mengenai bekas Perdana Menteri Pakistan di Islamabad pada 3 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...