Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Imran Khan tuntut pilihan raya baharu

    NEW DELHI, 22 APRIL – Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis malam menuntut pilihan raya baharu diadakan ketika berucap pada perhimpunan besar di tapak bersejarah di Lahore.

    Ia merupakan perhimpunan mega awam ketiga Imran sejak kerajaannya digulingkan awal bulan ini melalui usul undi tidak percaya di parlimen, disifatkan bekas perdana menteri itu sebagai operasi perubahan rejim yang disokong anasir luar. Bagaimanapun, Imran tidak memberi sebarang tarikh untuk penganjuran perhimpunan besar-besaran yang dirancangnya di Islamabad bagi memberi tekanan ke atas kerajaan baharu serta meminta penyokongnya menanti pengumuman selanjutnya.

    “Anda perlu menunggu saya menyeru anda semua ke Islamabad,” katanya, ketika bercakap di monumen Minar-e-Pakistan.

    Imran berkata “sesiapa yang telah melakukan kesalahan” dalam menjatuhkan kerajaannya boleh menebusnya dengan mengadakan pilihan raya baharu.

    “Saya mahu pilihan raya diumumkan secepat mungkin,” katanya. – Bernama

    Imran Khan menuntut pilihan raya baharu diadakan ketika berucap pada perhimpunan besar di tapak bersejarah di Lahore.- AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...