Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Inai Che Ta pertama diiktiraf sah solat

    Demi memastikan penggunaan inai sah dalam solat, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mengambil langkah mendapatkan pengiktirafan dengan melakukan uji kaji terhadap kuku manusia terhadap produknya Mazaville (Inai Che Ta).

    Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 49, berkata, menerusi uji kaji yang dilakukan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Makanan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 14 September lalu, produk tersebut diiktiraf telap air dan sah penggunaannya dalam solat.

    “Inai Che Ta adalah inai pertama yang melakukan ujian terhadap kuku manusia sebenar di mana sebelum ini ada pihak menguji penggunaan bahan itu di atas gelas atau bahan
    lateks yang belum tentu tepat dan sah solat.

    “Alhamdulillah, Inai Che Ta disahkan dan diiktiraf selamat dan sah penggunaannya dalam solat oleh UMT,” katanya.

    Che Ta ditemui pada acara A Night With Rozita Che Wan yang bertemakan Bollywood di Glam Hall, Damansara Perdana pada malam Jumaat lalu.

    Che Ta menjelaskan, ujian itu dilakukan bagi meleraikan tentang penggunaan inai dalam solat yang menjadi pertikaian warganet. – Agensi

    Dalam pada itu, Che Ta menjelaskan, ujian itu dilakukan bagi meleraikan tentang penggunaan inai dalam solat yang menjadi pertikaian dan perdebatan warganet sebelum ini.

    Ujian itu juga dilakukan bagi memastikan pengguna tidak berasa was-was menggunakan produk keluarannya.

    “Lambakan inai yang mudah digunakan di pasaran seperti inai serbuk, inai siap bancuh atau inai celup menyebabkan ramai berasa keliru tentang perbezaan selain timbul persoalan sama ada ia meresap air dan sah solat.

    “Ini termasuklah inai jenis celup yang dikatakan menghalang air untuk sampai ke anggota wuduk atau mandi wajib, tetapi Alhamdulillah produk kami selamat dan sah dipakai ketika solat,” ujarnya.

    Ujian klinikal berkenaan dilakukan pensyarah UMT, Prof Madya ChM Dr Mohd Zul Helmi Rozani yang sebelum ini pernah bekerjasama dalam menjalankan kajian untuk produk inai NunHa keluaran selebriti Neelofa.

    Sementara itu, Che Ta memberitahu selepas empat bulan melancarkan produk yang diusahakan bersama rakan niaga, Anas Zahrin ia telah terjual sebanyak 100,000 kotak.

    Gembira dengan kejayaan itu, Che Ta bagaimanapun memberitahu apa lebih penting adalah ia mampu memberi pendapatan sampingan kepada pengedar berdaftar Skuad Inai Che Ta dan berharap dapat membantu ekonomi lebih ramai wanita di negara tersebut.

    Pada majlis itu, Che Ta turut melancarkan produk terbaharunya, Black Rose Che Ta. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...