Inara juara kejohanan sepak takraw

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Pasukan Inara muncul juara dalam kejohanan sepak takraw bersempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-37 yang diadakan baru-baru ini di Kompleks Sukan Kampung Sungai Kebun.

Sementara itu, pasukan MS ABDB A muncul sebagai naib juara dan pasukan Seri Birau B dan ABDB I berkongsi kedudukan di tempat ketiga.

Manakala, pasukan Bersatu A, Bersatu C dan Birau A serta BESETA F turut menerima hadiah sagu hati setelah mereka berjaya mara ke pusingan suku akhir.

Semasa kejohanan tersebut, sebanyak 40 buah pasukan menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Belia Setia Sepak Takraw (BESETA).

Pengerusi kejohanan, Yahya bin Haji Jumat menekankan bahawa kejohanan mampu membantu meningkatkan standard dan persembahan peserta selain menghasilkan pemain-pemain baharu bagi generasi yang akan datang.

Beliau turut meluahkan penghargaan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dan jawatankuasa kejohanan serta jawatankuasa Kompleks Sukan Kampung Sungai Kebun atas kerjasama mereka.

Kejohanan tersebut diadakan mengikut prosedur operasi standard sepanjang ia berlangsung.