Sunday, April 2, 2023
24.6 C
Brunei

-

Indeks jenayah Sabah meningkat 22.06% hingga Julai

KOTA KINABALU, 18 OGOS – Kadar indeks jenayah di Sabah mencatatkan peningkatan 22.06 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai lepas apabila 2,429 kes dilaporkan berbanding 1,990 kes sepanjang tempoh sama pada 2021.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata Sabah menduduki tangga keempat tertinggi berbanding negeri lain untuk perbandingan sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini.

“Begitu juga dari segi penyelesaian kes, Sabah menduduki tangga keempat dengan peratusan sebanyak 72.30 peratus daripada 14 kontinjen di seluruh Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata jumlah kes jenayah indeks itu menunjukkan penurunan ketara sebanyak 911 kes berbanding tempoh sama pada 2019 sebelum penularan COVID-19 yang mencatatkan 3,340 kes. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -