Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Jun – Meskipun sambutan Hari Raya Aidilfitri di Negara Brunei Darussalam memasuki hari yang ke-15 hari ini, ia masih hangat diraikan di mana-mana dengan me-ngadakan rumah-rumah terbuka.
Sementara itu, Syarikat Indera Motors Sdn Bhd juga tidak lupa mengadakan Majlis Rumah Terbuka di bilik pameran syarikat berkenaan di Perindustrian Lambak, hari ini.
Menurut Pengurus Pemasaran Indera Motors Sdn Bhd, Pierce Lim, majlis yang diadakan antara lainnya adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim, terutamanya di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan dan pelanggan setia syarikat berkenaan.
Selain menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan dan minuman, para jemputan terutama pelanggan setia Syarikat Indera Motors Sdn Bhd berpeluang menyaksikan model-model terbaharu jenama Jaguar dan Land Rover yang dipamerkan, serta mengetahui tawaran-tawaran terkini syarikat berkenaan.