Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Indera Motors bakal anjur jerayawara hujung minggu ini

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kenderaan Jaguar dan Land Rover di Brunei, akan mengadakan jerayawara Road to Luxury pada hujung minggu ini di Kompleks Membeli-belah One City di Salambigar.

    Lima buah kenderaan premium daripada barisan Jaguar Land Rover iaitu Jaguar E-PACE dan F-PACE, dan Land Rover Defender, Discovery Sport dan Range Rover Evoque Autobiography akan dipamerkan, dengan Range Rover Evoque Autobiography membuat kemunculan buat julung kalinya di negara ini.

    Range Rover Evoque Autobiography menyerlahkan gabungan kemewahan dan reka bentuk halus daripada bahagian dalaman sehingga luarannya.

    Bahagian luaran penuh elegan, menonjolkan huruf dan aksen lembaga yang digilap, lencana Autobiography dan angkup (caliper) merah baharu.

    Bahagian dalamannya pula dilengkapi sistem infotainmen digital bersepadu dengan Pivi Pro Land Rover canggih yang dipaparkan melalui skrin sentuh 10 inci yang intuitif.

    Kerusi daripada kulit Windsor pula memberikan pengalaman pemanduan selesa, malahan Sistem Bunyi Keliling Meridian dengan output 650W cukup memuaskan pemiliknya.

    Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai model terbaharu itu dan model-model lain Range Rover, orang ramai dijemput menerokai lebih lanjut pada jerayawara yang akan berlangsung tiga hari berkenaan.

    Land Rover Defender baharu adalah antara yang akan dipamerkan semasa jerayawara tiga hari berkenaan. – Gambar serahan Indera Motors
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...