Indera Motors hargai pelanggan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus dimeriahkan dengan amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka dan hari ini Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan Jaguar dan Land Rover turut menganjurkan majlis serupa.

Majlis yang dianjurkan di bilik pamerannya di Perindustrian Lambak Kanan bermula jam 2:30 petang itu menyajikan pelbagai makanan kepada tetamunya.

Turut hadir memeriahkan majlis sambutan ialah Pengurus Besar, Alfred Yong serta kakitangan Indera Motors Sdn Bhd.

Sambutan ini adalah sebahagian dari acara sosial Indera Motors untuk memberi balik kepada masyarakat selain mengukuhkan lagi hubungan pelanggan sedia ada dan mewujudkan hubungan baharu bersama orang awam.

Alfred Yong (dua kiri) mengabadikan gambar kenangan bersama tetamu di Majlis Sambutan Hari Raya Indera Motors.
Sebahagian daripada tetamu yang mengunjungi rumah terbuka Indera Motors.