Indera Motors pilih 16 pemenang bertuah

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Jaguar dan Range Rover di Brunei telah mengadakan sesi cabutan bertuah bagi memilih para pemenang Kempen Season of Change yang berlangsung di bilik pameran Jaguar Range Rover, Beribi, hari ini.

Hadir bagi membuat cabutan nama-nama pemenang ialah Pengarah Urusan Indera Motors, Alfred Yong dan turut disaksikan oleh Pengurus Jualan, Kelly Chin.

Bagi Kempen Uji Pandu dan Menang Jaguar, hadiah utama berupa jam tangan Jaguar Heritage dimenangi oleh Dr Sandeep Jain, hadiah kedua berupa keahlian di Jab Gym selama tiga bulan dimenangi Dayang Zaty Bayani binti Haji Abdul Rahim dan Pengiran Dr Ahmad Syukri bin Pengiran Haji Abdul Rahim pula memenangi B&O E8 headset di tempat ketiga.

Sementara itu, lima lagi pemenang dipilih untuk menerima hadiah sagu hati berupa baucar Under Armour Sport.

Bagi Kempen Uji Pandu dan Menang Range Rover pula, Daniel Kueh Cha Kai memenangi hadiah utama berupa Land Rover Solar Watch manakala itu, hadiah kedua berupa keahlian Jab Gym selama tiga bulan dimenangi Andy Lai Boon Ho dan Alvin Yap Jok Kek pula memenangi B&O E8 headset di tempat ketiga.

Lima lagi dipilih untuk menerima hadiah sagu hati berupa baucar Under Armour Sport.

Kempen cabutan bertuah yang diadakan sejak Oktober 2020 itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, di mana lebih 100 orang menyertainya.

Alfred Yong membuat cabutan bagi memilih pemenang kempen cabutan bertuah berkenaan.