Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Indera Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal kereta Jaguar dan Land Rover di Brunei, hari ini telah mengadakan cabutan bagi memilih 39 pemenang kempen cabutan bertuah tahun lalu.
Acara undian untuk kempen cabutan bertuah yang diadakan dari awal April hingga penghujung Julai 2021 itu disiarkan secara langsung di saluran Youtube rasmi Indera Motors dan disaksikan oleh Lim Cheng Wei dari Deloitte Brunei.
Untuk Cabutan Bertuah ‘Beli & Menang’, 13 pelanggan yang membeli Jaguar atau Land Rover baharu semasa tempoh promosi berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga $35,000 dan peranti audio premium bernilai $3,500.
Cabutan telah dibuat oleh Pengurus Kereta Terpakai dan Selepas Jualan yang Diluluskan, Ong Ching Chai.
Hadiah pertama berupa wang tunai $20,000 telah dimenangi oleh Awang Mohammed Fauzi bin Haji Mahmud, tempat kedua dimenangi oleh Chuang Hsi Shan yang memenangi $10,000 manakala itu, Perkhidmatan Stanford Orion memenangi wang tunai $5,000. Sementara itu, 10 pelanggan lain memenangi hadiah sagu hati.
Bagi Kempen Cabutan Bertuah Test and Drive Win, seramai 26 orang pelanggan telah terpilih di mana cabutan dibuat oleh Pembantu Pengurus Jualan, Wong Yii Ling.
Para pemenang berkenaan memenangi baucar tunai sama ada daripada Digital World atau Dynamic Sport.