Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Indera Motors, SCOT sumbang 250 hidangan

    Oleh AK Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Indera Motors Sdn Bhd baru-baru ini telah menyertai program Dapur Sosial Society for Community and Outreach and Training (SCOT) dan menyumbangkan 250 hidangan kepada keluarga-keluarga dan pekerja asing yang kurang berkemampuan yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM).

    Menurut kenyataan Indera Motors, pada tahun ini, inisiatif Dapur Sosial SCOT bekerjasama dengan komuniti kurang bernasib baik, terutamanya golongan ibu tunggal, untuk menyediakan 4,000 hidangan bagi komuniti kurang berkemampuan di seluruh negara.

    Sukarelawan Indera Motors membantu ibu-ibu tunggal berkenaan dalam menyediakan hidangan tersebut, memasak dan membungkus di dapur yang terletak di Jalan Utama Berakas. Indera Motors juga menyediakan bantuan pengangkutan untuk penghantaran hidangan berkenaan.

    Tajaan syarikat berkenaan bagi inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada misi tanggungjawab sosial korporatnya untuk membuat impak yang berpanjangan dan positif kepada masyarakat.

    Penolong Pengurus Jualan Indera Motors, Wong Yii Ling bersama kakitangan Indera Motors dan sukarelawan SCOT ketika menyediakan dan membungkus makanan untuk diagihkan. – Gambar serahan Indera Motors
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...