Indera motors tawar 3 promosi

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 APRIL – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Jaguar Land Rover di Brunei Darussalam, memulakan musim perayaan dengan tiga promosi hebat untuk meraikan Sambutan Hari Raya pertama di bilik pameran baharu di Perindustrian Beribi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, promosi berkenaan ialah Uji Pandu dan Menang, Make an Impression This Festive Season dan Pemeriksaan Percuma Sebelum Raya.

Kenyataan menjelaskan, dengan Promosi Uji Pandu dan Menang yang berjalan sehingga penghujung Jun depan, orang ramai bukan sahaja dapat menguji kehebatan mana-mana model malah berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dalam cabutan bertuah.

Sementara itu, Promosi Make an Impression This Festive Season yang juga akan berakhir pada penghujung Jun adalah mengenai memberikan tanggapan pertama, kedua atau ketiga mengenai apa yang paling penting untuk memiliki jenama berkenaan. Untuk memiliki jenama berkenaan, jelas kenyataan, Jaguar Land Rover Brunei menawarkan pembiayaan kadar tahunan yang rendah dengan faedah percuma selama tiga bulan.

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah $19,000. Selain itu, pelanggan juga akan mendapat pelindung cermin gelap yang disahkan Jabatan Pengangkutan Darat secara percuma.

Di bawah Promosi Pemeriksaan Percuma Sebelum Raya, pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan kesihatan kenderaan percuma yang akan dilakukan oleh jurutera-jurutera Jaguar Land Rover yang terlatih dan berkelayakan. Tawaran termasuk diskaun sehingga 50 peratus bagi alat ganti dan 20 peratus bagi bayaran buruh di samping diskaun ke atas aksesori.

Dengan perbelanjaan minimum, pelanggan juga boleh memenangi hadiah dalam cabutan segera. Tambahan lain termasuk cuci kereta dan pembersihan stim bagi bahagian dalaman kereta secara percuma bagi setiap pemeriksaan kesihatan dan servis kenderaan. Promosi akan berakhir pada lewat Mei depan.

Barisan kereta Jaguar dan Land Rover yang disediakan bagi uji pandu dengan peluang memenangi hadiah-hadiah hebat. – Gambar serahan Indera Motors