Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Indera SC buru Piala FA Brunei

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Pasukan Indera SC meneruskan misi mereka untuk memburu kejuaraan Piala FA Brunei kedua berikutan kemenangan 2-1 ke atas IKLS-MB5 FC dalam pusingan pertama perlawanan 16 pusingan terakhir di Padang Bola Sepak Tiruan Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD) hujung minggu lalu.

    Juara Piala FA 2018 itu mendahului perlawanan pada masa rehat menerusi dua gol Muhammad Azim Hamidon tetapi IKLS mengurangkan defisit kepada separuh selepas Zool Hasbeni Haji Bahmin meledak tiga minit sebelum perlawanan tamat.

    Tiga pasukan terus mempamerkan kekuatan mereka dalam pertandingan itu selepas menyaksikan kemenangan dalam perlawanan masing-masing.

    Kota Ranger FC, yang menang pertandingan kali terakhir diadakan pada 2019, membelasah Rimba Star FC 8-1 sementara DPMM FC – yang kembali ke bola sepak domestik semasa pandemik COVID – menewaskan Jerudong FC 15-0 di Stadium Mini Jerudong Park.

    Manakala Kasuka FC, yang menjadi pasukan pilihan untuk memenangi trofi, menundukkan Almerez FA 9-0.

    Pemain Indera SC dan IKLS-MB5 FC semasa aksi perlawanan 16 pusingan terakhir di Padang Bola Sepak Tiruan Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD) hujung minggu lalu. – Gambar serahan Indera SC

    Pemain import Kota Ranger FC, Abiodun Fatai Babatunde, meledak hatrik sementara Muhammad Faturrahman Embran menjaringkan dua gol. Muha-mmad Hafis Haji Mahari, Awangku Shad Maymoun Pengiran Jaafar dan Imam Mahdi Suhaimi juga menyumbang kepada jaringan gol.

    Pemain Rimba Star, Muhammad Khalil Haji Ahmad Kamil, menjaringkan gol sagu hati sekali gus menghalang Kota Ranger daripada mencatat clean sheet.

    Ia merupakan acara kekeluargaan dalam kemenangan DPMM FC yang menyaksikan Muhammad Shahrazen Said meledak lima gol manakala adiknya Hakeme Yazid menyumbang empat gol menembusi barisan pertahanan Jerudong FC.

    Adik-beradik Muhammad Azwan Ali Rahman dan Abdul Azizi Ali Rahman juga menyumbang kepada keputusan pasukan, dengan dua gol daripada Azwan Salleh dan serangan daripada Hanif Hamir dan Mohd Najib bin Haji Tarif menambah kepada kemenangan.

    Sementara itu, di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, pemain Kasuka Mohammad Alinur Rashimy Awang Haji Jufri meledak hatrik.

    Adi Said dan Muhammad Haziq Kasyful Azim Mohammad Hasimu-labdillah menjaringkan dua gol, sementara gol lain datang daripada Leon Sullivan Taylor dan Awangku Mohammad Idzzaham Aleshahmezan Pengiran Metali.

    Selain itu, MS ABDB menyingkirkan pendatang baharu AKSE Bersatu 1-0 menerusi serangan daripada Muhammad Saiful Ammar bin Haji Adis.

    Panchor Murai FC mempunyai kelebihan mata untuk menjamin memasuki pusingan kedua setelah mereka muncul pemenang ke atas Hawa FC 3-1 dalam pertembungan di Kompleks Sukan Berakas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...